Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

tunang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath - Wedding

Friday, November 29, 2013

Ragam

Manusia . Pelbagai ragam yang boleh kita tengok dalam setiap diri seorang MANUSIA . Dan dalam hidup ni macam² jenis manusia aku dah hadap . Besor , kecik , tinggi , rendah , kaya , miskin , bandar , kampung . Macam² . . Kadang² sebab tu kita mudah ditipu . Sebab manusia ada pelbagai ragam . Muka baik , tapi dalam nya .. kita tak kan pernah tahu . Untuk menilai sesorang melalui luaran je pada aku tak patut . 

Macam semalam . Entah ape . Kenapa . Aku pun tak tahu . Aku ditegur secara kasar oleh sesorang yang aku sendiri tak kenal . Dan beliau menyatakan untuk aku mengikut ape yang dia mahu kan . Dia fikir dia abang aku ? Keluarga aku ? Siapa dia untuk menegur ? YA ! Tak salah menegur sesama kita . Sesama islam . Tapi kalau yang nampak depan mata Tak melakukan kesalahan ditegur, Yang tak nampak dek mata sedang beromen ko tutup mulut dan mata ? 

Itu la manusia . LUMRAH . Yang nampak ditegur . Yang nampak dan tahu tapi buat² nak SUBAHAT untuk tutup mata dan telinga itu BODOH . Maaf la . Walau aku bukan ahli syurga untuk berkata² . Setidak nya periuk kau , Bini kau , keluarga kau tak pernah aku ganggu -- Apa ada hal nak ganggu hak aku ?

 Kau dodok diam diam . 

Jangan nak SYURGA sangat sampai kau sendiri menempah tiket ke NERAKA . 

Thursday, November 28, 2013

MukaBook

22-28 (6 Days) – Baru ENAM hari . 6 hari baru . Oh ! Entry hari ini pasal mukabuku . Baru 6 hari aku menghilangkan diri di laman mukabuku , Nampak nya masih belum ada yang menyedari kehilangan aku , dan mungkin kewujudan aku pun tak de siapa ambil tahu . :) 



Sometimes It’s nice to know sometin .

Friday, November 22, 2013

Menunggu .

Masih lagi menunggu . 
Menunggu dan terus menunggu . 

Seperti menunggu hujan dipadang pasir . 

I miss you

I wanna write "I miss you" on a rock and throw it at your face so that you'll know how much it hurts to miss you.



Noktah .

Hormon . Ye . Mungkin kot Hormon . Hormon Perempuan dah mula merembis ke segala penjuru dalam badan aku ni . Confirm ! Sebab tu feeling semacam , Sedih semacam , garang semacam –


Mungkin ramai yang dah faham kalau perempuan datang hormon² ni , dan mungkin ada yang tidak . Entah la , nak salahkan siapa² pun tak boleh . Mereka di lahirkan bukan untuk faham kita seorang . Mereka ada banyak tanggungjawab dan peranan dalam hidup mereka selain dari ambil tahu perihal hormone perempuan yang tidak menentu ni . – Terasa useless. 

Secara AM dan jujurNya sebenarNya , sebentar tadi baru je berlangsung perang Dunia ke II diantara seorang Gadis dan Jejaka yang sudah mengenali antara satu sama lain baru je 2 tahun dan 5 bulan . Baru je Dua tahun . Belom Doplo Tahun . Kalau Doplo tahun tu baru lama . – Huh~ Mungkin ada sedikit salah faham - - Sedikit Tak puas hati - - Sedikit ..sedikit .. demi sedikit yang kemudian nya terjadi lah perbalahan yang tak pernah diundang dan tak pernah dipelawa .

SALAH itu terlalu besar untuk di tunding kepada sesiapa . Mungkin aku , mungkin kau . Entah la . Kenapa aku masih lagi bertahan . Mungkin terlalu sayang . TAK ! bukan mungkin , tapi pasti . Terlalu sayang . Kadang² tu terasa pengorbanan selama ni POFFFFFF ! meletup – ilang macam tu je , kadang² rasa macam – BODOH . Bukan macam . Memang BODOH . Sahih BODOH nya kerana masih lagi sayang walaupun disakiti . Tapi kadang² terasa bahagia . . Walaupun BODOH dan DISAKITI masih lagi mampu untuk SAYANG sampai ke MATI




SALAH KE AKU ?

I'm Mad at you but i love u soo . ;(

Dear God ! Give me strength to be strong enough to always cherish him , love him and care for him for my entire life . Don't ever let my feelings of sadness overcome to the LOVE i have for him . I'm so Fucking mad at him right now! i just wanna say it out loud ! But i just can't .. I'm not strong enough to hurt him just like the way he hurts me .. :'(


Tuesday, November 19, 2013

Pity U sayang !

Entry hari ini .

Semalam marah - Sedih - Kecewa . Hari ini segala-segala kembali pada yang asal . Tak sampai hati rasa nya nak marah kat iye lama2 . Hik hik~

Sayang nyaaaa kat awookk !

Haishh . Idrus Idrus . Tak abis abis buat saya jatuh jatuh jatuh cinta kat awak banyak kali kan . 

Dalam kepala ni cuma ada je . 

Monday, November 18, 2013

Dugaan

Entry hari ini . 

Ramai cakap , bila bertunang ni .. macam² dugaan datang . Setel satu , satu datang , satu pergi . 
Macam angin ~ Kadang² tu banyak benda yang mendatangkan kemarahan dan pergadohan . Kadang² jugak , kalau dah masing² tak dapat tahan perasaan marah dalam hati tu , sembor jugak . Dan kadang² tu hanya kerana SATU ayat je , sampai akhirat ingat -- Mulut kata "Tak de Pape" -- Hati cuma mampu bertahan . 

Kalau la rasa dalam hati ni tak perlu dikatakan orang boleh paham kan bagus . Tapi tak semua orang macam aku , boleh faham isi hati orang lain tanpa diberitahu "Kenapa" , "Mengapa", "Ada apa" . Susah nak cari orang yang macam aku . Bukan nak memuji - Tapi kenyataan . 

Susah bila bila luah sakit - telan pun sakit . :(

Kecewa

Biarlah hati ni aku je yang tahu . 

:)

Friday, November 1, 2013

Jumaat

Penceritaan di hari jumaat . Iyup ! Aku masih lagi kat office . Buat OT . Saja cari waktu sebentar untuk menulis dalam penceritaan seorang manusia . 

Now a days i feel so down . I don't know why i behave like this . But i think i know, on 29th of October 2013. My closest auntie passed away. I feel so down coz, 10 years ago his son , my closest cousin passed away too . It makes me kindda of like to be alone . Everything's people do around me kindda make me feel angry , and hate .  This is the feeling i never feel before. Seems like i loss my happiness . 

God ! Aku rinduu mami . Mami , maafkan mia . Mia salah sebab xmelawat mami tempoh hari . Mia terlalu mengejar Dunia mia . Mia lupakan mami . Sekarang mami dah xde , Mia ralat sangat -- Mia menyesal . Mia sedih sangat . Mia rinduu . Kenapa mami pergi ? Sape nak cium pp mia lagi macam mami selalu buat ? Sape nak peluk mia erat2 macam mami selalu lakukan setiap kali jumpa mia ? Ramai suruh mia jangan sedih -- suruh mia sabar -- suruh mia redha . Mia cuba mami , mia bkn xcuba , mia cuba . Tapi mia xboleh . Mia rinduuuu . ..

Wednesday, October 23, 2013

3 Bulan

As Salam Bloggers ! Lama gilak aku tak menaip dalam blog ni . Lama lama sangat ! Ingat nak closed account dah ary tu . Tapi bila fikir balik , sayang pulak . Blog ni dah lama dengan aku . Dah sebati dengan hidup aku yang suka berkarya tentang Manusia . Cuma kebelakangan ni , aku jarang ada masa yang terluang untuk bercerita kat sini . Banyak komitment la kata kan . 

Hei ! Aku dah bertunang tau . Haha . Dengan siapa lagi . Dengan Pujaan Hati tu la . ;) Harap Jodoh kami berpanjangan . Amin ~ 

Aku singgah jap je . Cuma nak updated ape yang patut . I think i should go now. Ada masa aku berkarya lagi deyhh ! ^^, 

Adiossss~

MiaYuish

♥ Thousand years sayang ♥



Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I’m afraid to fall?
But watching you stand alone,
All of my doubt suddenly goes away somehow.

I have died everyday waiting for you
Darling, don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I’ll love you for a thousand more ♥ ♥

Sunday, July 14, 2013

SPRITZER .

Dok heboh kiri kanan telinga aku cerita pasal air botol mineral SPRITZER nu . Aiyark ! Kome ni , xdok kojer lain ke nak buat selain dari pada mencari kesalahan org lain ? Bukan main ag kan fesbuk .. Poom pangg pomm pang cite pasai ayor neyh . Macam la dia tu Owner JAKIM tahu segala hal pasal 'CHUAN SIN SDN BHD' . Ok ok . Malas nak bebel . Actually , air yang dieorang dok heboh2 kata air holy la , air haram la, air kuning la , air ape² la tu kan .. sebenarnya HALAL ! tau tak HALAL ! . Mana ada air tu sumber JIRAT CINA . Memang la ada JIRAT CINA kat kawasan tu . Tapi tak bermakna AIR SPRITZER tu air JIRAT CINA .. Aiyarkk ! Pemikiran sangat 'Typical MALAYU' . Dah tak maju nak jatuhkan org lain buat ape ? Ada plak pk cm uh . 'Hanya kerana JIRAT.. AIR dipersalahkan ..' . #SADIS . 

Ni nama nya SIJIL HALAL dari JAKIM .

Haaa. yang atas ni , Sijil HALAL yang pak 'JAKIM' bagi kat si 'Chuan Sin Sdn bhd' . Kata Pak 'Jakim' , air SPRITZER halal nak .. boleh lewrr minum . haa haa . ni kalau nak lagi maklumat lanjut . Pi la laman web ni . Jemput melawat ! ----> SPRITZER

Pada pandangan aku lah . Nak menegur boleh , dah memang ISLAM yang menggalakkan sifat Tegur-menegur tu . Tapi , sebelum nak menegur/nak mengeluarkan sesuatu Fakta , tolong la buat research sendiri dulu . Jangan la pandai² membuat FITNAH (فتنة) . Berdosa woo .. Kbai !

Note : To my baby bubu , Macih sebab nak ingatkan saya pasal air ni . Saya tau awak ambil berat .. You ! ;)





Semua yang berlaku ada sebab .



"Saya Minta Maaf" adalah satu kenyataan. "Saya tidak akan melakukannya kesilapan lagi" adalah janji. "Bagaimana cara nya saya dapat menebus kesilapan saya kepada awak" adalah tanggungjawab.

- Felicia Anjani

Note : Itu je yang saya nak dengar dari awak . :)

Berkata Jujur .

Tiga Hal : KEPERCAYAAN,CINTA & RASA HORMAT .

Tiga Hal : KEPERCAYAAN, CINTA & RASA HORMAT . Tapi .. Kenapa KESAKITAN yang aku rasakan ? :(

KEPERCAYAAN atau KEJUJURAN

Dalam Perhubungan .. Yang paling penting .. KEPERCAYAAN atau KEJUJURAN
Aku sendiri tak tahu .Tapi kedua²Nya aku telah cuba. 
Namun aku Gagal ..Aku gagal ..

Cinta.. 
KEPERCAYAAN & KEJUJURAN tu semua penting..
Kalau tak de KEJUJURAN dalam Percintaan , Tiada la KEPERCAYAAN tu kan ? 

Tapi .. Kenapa harus mempertikai kan ? Setiap KEJUJURAN yang dibuat ? 
Bila kita JUJUR .. Kita Disalahkan ..
Namun ,bila kita berdusta .. kita menipu .. 
Kita juga disalahkan .. 

Yang mana aku harus lakukan ?

Aku dah tak berdaya ..Cinta kau buat aku lemah .. 
Aku dah tak KUAT untuk mengembalikan kepercayaan kau terhadap aku . 



Thursday, July 11, 2013

Sakit.

Awak.. Saya sakit .. Saya sakit sebab tahan tangisan di bulan puasa ni . 
Awak saya letih , saya letih pura² saya ok sedangkan saya sakit sangat .
Awak saya penat, penat nak menangis ag.
Awak .. Awak sayang saya tak ? 
Saya sayang sangat kat awak . . 
Tapi ape awak buat saya SEDIH lagi ? ;( 
Awak kata awak SAYANG. . 

Awak.. Saya Rindu. :(



Hari ini .

Hal kecik pun jadik besar. Xde pape pun jadi ape² . Sakit pun boleh jadi sihat . Ok pun jadi KO. Bahagia pun jadi TERLUKA. Ketawa pun jadi NANGIS

Kalau saya cakap salah . Saya minta maaf. 
Kalau saya cakap melukakan . Saya minta maaf.
Kalau saya buat awak marah . Saya minta maaf.
Kalau saya kurang ajar . Saya minta maaf.
Kalau saya Menangis . Saya minta maaf.
Kalau saya Terkilan . Saya mintak maaf .
Kalau saya Merajuk . Saya minta maaf.

Kalau saya SAYANG awak sangat². . 
Saya tak nak minta maaf . Sebab SAYANG saya kat awak bukan satu KESALAHAN.
Tapi satu TAKDIR. :')

Wednesday, July 10, 2013

Orang yang Mencintai Kamu.


1. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

3. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

4. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

6. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

7. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

8. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.


Note : #CopyPaste#Sorry. ;)

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Tuesday, July 9, 2013

Dari Shah Alam Ke PD Dengan senyuman . ;)

Haloo Buddies ! Today's Story ! 06072013 hari tu . Me , bubu and others MSS Buddies went To PD yaww ~ Having our Camping together-gether. Hik hik~ Nuttings much to say coz i hate sayin much-much lahh . kbai~

My Only CopyRight ~






Friday, July 5, 2013

Sometimes, words aren't enough to make someone feel that you care for them. It needs a little efforts to convince that you are.

Kadang-kadang, kata-kata tidak cukup untuk membuatkan seseorang berasa bahawa anda mengambil berat terhadap mereka. Ia memerlukan sedikit usaha untuk MEYAKINKAN mereka bahawa anda sangat mengambil berat . 

#PeningPening

Wednesday, June 26, 2013

❣_❣

"Lebih baik MEMBUKTIKAN cinta kita kepada sesorang , daripada MENYATAKAN KATA cinta pada sesorang" 

"Kerana ,CINTA bukan hanya pada PERKATAAN yang di ungkap, tetapi pada PERBUATAN yang dilakukan"

-Mia Rahman- 

Sunday, June 16, 2013

Love Story - 08062013







"Menasihati orang yang bersalah tidak salah , yang salah memikirkan kesalahan orang lain"

Just A Quotes For A Day .


Berdiam diri adalah tangisan seorang gadis yang paling kuat . Jika dia terdiam,ini kerana hatinya terlalu letih untuk berkata-kata.


5 Dugaan Bertunang .

Tetiba Cemburu buta dan tidak menentu masa – Ada sahaja topik dan perbualan yang ditimbulkan oleh pasangan kita sedangkan perkara yang kita lakukan pernah diterjadi sewaktu bercinta dulu tapi tak pernah ada masalah.
 Cepat terasa hati – Dulu nak bergurau ker, nak usik-usik sikit tak jadi masalah, tetapi sejak bertunang ini asyik nak melenting dan cepat marah, cepat merajuk dan cepat terasa.
 Ego tahap melampau – Ya, sifat ini memang tak boleh lari sekiranya anda dalam ikatan pertunangan. Selalunya ego terjadi sewaktu proses membeli barang perkahwinan dan mempertahankan kesilapan serta kesalahan yang dilakukan.
 Sentiasa bertekak dan bergaduh – Memang tak dinafikan, perkara sebegini sentiasa berlaku tidak kira semasa bercinta, bertunang ataupun berkahwin. Anda mesti ingat bertekak masa bertunang boleh membawa kehancuran.
 Godaan daripada pihak sekelilingIni melibatkan orang ketiga

Iyup . Sebenarnya ada banyak dugaan semasa betunang ,Tpi disebabkan yang ni buka hasil kajian mia sendiri soo sikit je la kan . Plus, maklumat di atas mia #CopyPaste dari saru laman web dimana mia sendiri tak ingat kt mana . Andai perbuatan mia ni salah sebab #CopyPaste, mia minta maaf . Mia cuma nak berkongsi dengan semua orang yang sudah bergelar 'Tunangan Org' termasuk la diri mia sendiri . "In Sha Allah" . . :)

Sumpah .

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata

Sumpah , Aku cinta sampai menutup mata . :') #IdrusAlbain

Thursday, June 13, 2013

Wednesday, June 12, 2013

신부 침대 - Pelamin

Tak banyak tak kurang. Tak lebih tak sikit. Just wanna show of sikit hasil ilham bernas dari my Dear Cousin , Incik Yan & his buddy . Di mana mereka mencipta saya punya pelamin bertema kan 'Morocco Style' . Malam tu bila deme ni cerita pasal ilham pelamin ni . Mia setuju je , sbb mia malas nak pk banyak , pada mia janji cukup ada tempat nak sarung cincin. Tapi bila kedua² beliau ni mencipta pelamin yang boleh dikatakan 'Anganku' , tetiba hati rasa berbunga gila . Bukan sebab pelamin tu banyak bunga . *No okeh ! . Ni sebab pelamin tu cantik sangat , Pada pandangan mata mia . Pada pandangan mata orang lain yang mengatakan ia tidak cantik tu . "I Dont care!".
i don't live in this world to please others.

Kbai !



Hai Cik Tunang !


"One Step Closer" - MiaRahman -

Incik Tunang suka sebut perkataan tersebut ; 'Hai Cik Tunang' . Semakin bersemangat beliau dari hari ke hari . That's why i never bored to loved him every day.

Milik Idrus Albain 



Tunang (Versi I)

"Two souls, one heart" - MiaRahman




♥Bismillahhirahmannirahim♥

Waddap Stalkers sekalian umat semua nya ! wahh ! Lama yg amat mia xupdate bloggy mia yang manjez neyh . #Huh. Bese la , mia coti lama ritu dekat nam hari yaw . Why ? why ? Because , I was celebrating my engagement la ! What !? Engagement ? Yes ! Say it out LOUD ! #Shy . Hik hik .

Ok la . The truth is , mia dah selamat melangsungkan majlis Pertunangan mia dengan Bakal Suami saya ; INCIK IDRUS ALBAIN pada 08 Jun 2013 (Sabtu). Majlis berlangsung di Umah saya la , sebelah umah mak joy tuh . Alhamdullilah.. Semua berjalan dengan selamat dan lancar . Tak de rebut , xde topan . #Syukur. 

Bila kenang² balik kelakar pulak detik time bubu n family dia datang . Act, Majlis berlangsung sepatutNya after Zuhur (*Meaning dalam pukul 2 la). But, my sayang n family iyer dtg stgh jam awal . Ape laie, kolam kolibut la mokcik mia n family. Haish~ Dak Yuish dak yuish . ;) #Chumei ! Time tu plak , mia baru je nak make up . Mau tak tanjat saya . Adoi ai nya Pun ! Dah my make-up retis dengan kadar segera nya memake-up kan saya . Alhamdullilah . Seb baik tak jadik cm wayang pek ji nyer antu . =,=’

Lepas abis make up yang telah mengambil masa selama Setengah Jam tu . Mia pun di minta keluar bilik tu (#Siap kena marah agik dengan makcik I tau .Mana tak nyer, Siap amek² pixa ag. Orang kat luar lama dah tunggu. Hik hik). Then , Tiba la masa yang di tunggu (#Opsss. Lupa) . Sebelum sarung cincin , my bubu nyer anak menakan (Nana nama iyer), tetiber datang kat Mak Tok iyer . Nape un , mia xberapa sure . Tpi , mia Ok aje . Then , baru la my future mother in law sarungkan cincin di jari manis saya sebelah kanan . 


Sejujurnya , lidah ku kelu seribu bahasa . Tak tahu nak ucap ape kat makcik . Cuma mampu cakap ‘Terima Kasih’ je . ;) 

Haaa. Kemudian nya ini lah saya apabila diserang oleh anak menakan + Adik beradik Tunang saya . ;) Hihi . Alahai deme ni . Sweet ! 




SebenarNya banyak lagik gambaq lain . Especially gambaq bersama incik Tunang . Tak pe . Nanti mia masuk kan entry pasal tunang ni versi (II) wokeyh ! Pape pun . Enjoy this Photo ! #Jangan Jeles . 




Note : Kbai ! See Ya on another Entry ! 


Tuesday, May 28, 2013

Tik Tokk tik tokk !

Daisypath Happy Birthday tickers

(╥﹏╥) Boring Tahap Gaban .


♪And he's half in love with Elizabeth,, And he's half in love with you

There there at my office . Doin my work , seperti kebiasaanNya . Tetiba mata kuyu , ngantuk² , Adoyy ayy . ;( Tetiba semua benda keliling mia jadik bahan² untuk menjadi sumber inspirasi mia membuat karya kat entry kali ni . Hua hua hua~ 

Eiffel Tower (Wane Hijau), Incik Rambo saya (Iyer ngadap belakang , malu kataNya),Jam Tecik (Pink kaler kauu!), Choclairs (Besday present), Selipar Penyu (Tioman Island) mareee ! . Itu la natang yang setiap hari mia ngadap , bukan nak sngat pun ngadap natang ni sume , dah .. saya letak betui² bawah Monitor Kumputer ni . Dah harus la mengHadapNya . #Haishh . Bila dah boring² , Muka sendiri pun jad sumber inspirasi . Tpi muka agak sedih dan menyakitkan hati aa . Aha ! 
Bibir Itek Kuwek kuwek ! 

Ok la . tu je . Bai !












♥ Ya Muhammad ♥

My Lovely Son 
Yooo Dunia ! Muhammad Senyum ni . Senyum senyum dan kembali senyum . 

Monday, May 27, 2013

Im very Sorry jenerynwamos.

Dear jenerynwamos. I'm very sorry . Just wanted to tell you that . Someone is stealing your Picture with you and your dear Kuma kuma . :) . #Not me . Even though i take it without you permission . I'm Sorry . i just don't know what is the motive . But , Just take it easy yaa . People will always wanna find way to please others that will believes all their lies . 

http://jenerynwamos.tumblr.com/
Notes : Are you for real ?? Please . Stop Fooling the smartest girl on earth ! You just make you self look very 'BODOH' . :)

Harimau Selatan ✖Tok Gajah

Bismillahirahmannirahim

Gajah Lawan Rimau .. Rawrrr !  (♥♥,) 


Heyh Stalkers ! Guess what !? Actually , mia nak story pasal Bola ni dari hari ritu lagik . Tapi , xsempat aww. Hihi . So, sekarang , bila dah ada 'Sikit' masa terluang . Boleh la mia story skit² kan . Ok ! SebenarNya hari sabtu lepas (25hb 05 2013) , Harimau Selatan ✖Tok Gajah kat Stadium Larkin,JB . Nanti kabar Nya 28hb 05 2013 ni plak Tok Gajah ✖ Harimau Selatan kat Stadium Darul Makmur . Pape pun , hebat la jugak Time JDT lawan Pahang baru² ni . Cuma nampak la jygak sikit² kelemahan pemain JDT time tu . Maybe , masing² ada masalah peribadi kot . (Hik hik..) . Tapi , dala tengah syiouk menjerit² 'GOLL .. Goll !' . Tetiba hati ni panas gila ngan Pemain Pahang Delano Damion Stewart tu . Tetibe iyer Tombuk Safee Sali . Apo laiee. Sakit dan menderita la kawan kita sorang tuh . Yang tak leyh bla agik . Incik Reff Boleh tak nampak pulak kejadian yang menyayat hati tu . Hadoyy ayy ! Makin la membara lagi marah hati ini . Apa ?Stewart bekas pemain QPR tu ingat iyer hebat cm Nunez ke ? Soryy kewh . Awak tu suam² kuku jewh . (*Puii !). Tapi , bila pk balik nape si safee sali ni kena tumbuk kan ? mesti dia ada sakit kan hati si Stewart ni kan ?? Haa Haa . Kan saya dah Serkap Jarang dah ni . :D hehe. Pape pun , hati sakit² pun , JDT tetap Juara Malam tu . Huh ! (*Johor kalah kan Pahang Yob !) . Kita jumpa Malam 28hb . Ape cerita alright ! Go Johor Go Johor .. Auchhh ! Haha . Kbai ! 





Nota : Johor itu aku . Engkau ? Anak Tanggang la jawapNya . :)









Friday, May 24, 2013

Terkenang Kenangan Lalu .

Bismillahirahmannirahim..

Whatt chaa doin stalkers ! Heiks~ Actually today is Wesak Day . And office mia pun Coti . Tapi mia namo Cuti , sebab lau mia cuti maksud nya mia Men'Celebrate hari Wesak ni kan ? *Durr. So, mia kerja lah ! Plus , i want to get triple wokey . Wanna make savings sikit utk melangsungkan perkahwinan yang Grand Bangattt ! Haha ! *Joking.  Wokeyh ! Actually , bila pk² balik kan . Lagi Dua (2) bulan nak pose kan kan ? Ase macam japp sangat . Fuyooo . Pose gantik pun lumm setel lagi , nak pose agik . Adoi ai nya Punn ! :( Ohh yer . Bila dikenang² kembali waktu pose dua taun lepas. Teringat kisah sejarah manis yang tidak dapat mia lupakan . Hehe. Bila mia pingsan lalu menjatuhkan diri ke buju meja dan kemudian nya meninggalkan kesan lobang yang amat ketara lalu di paksa oleh doktor untuk dijahit . *Waduhhhhh ! (T_T) Sakit woo . Tpi tak la sakit sangat . Tak sesakit hati ni . :'( Tpi sebenarNya la kan . Entry mia kali ni bukan nak cite pasal pose , atau kes Pingsan di bahu meja tu . Mia nak cite pasal yang 'Kaki ku terhiris singki' (*Hebat !) . Mia x ingat sama ada mia pernah masuk kan entry mengenai kaki saya yang dah xberapa nak santik ni . Tpi yang pasti , masa time kaki saya berlubang ni , saya MC Dua (2) hari je tau . Konon nya nak menunjuk kan bertapa kuat nya saya . (*Actually bukan nak tnjuk kuat , Incik Dokter xnak bagi MC lebih , kataNya nak jimat) . Sedih sedih . So, terpaksa la saya jalan injut² ala² kiutt gitu . Kuih kuih .. Eh apadahh kuih ..  Kui kui .. :D Ok la , penat la nak karang cite ni . Merepek² je kan . Aiyooo . Kbai ~

20 (Doploh jaitan)

(^_^)v its just a small luka .

Thursday, May 23, 2013

Pyrexia .

Bismillahirahmannirahim

Pyrexia . Dah macam anorexia kan ? Actually Pyrexia is some sort of Fever la . Demam kata melayu nya . ;) Right now my lovely hubby sedang demam . (*KataNya.. Hik hik) . Tapi disebabkan kemudahan saya untuk menggunakan dapo terbatas . Jadi tidak la boleh saya membuat 'Sup ketam' untuk my sayang . :( maaff chentakuh . Pape pun . Harap cepat sembuh ye cinta . 


Always You

Menghitung hari Bahagia : 16 Hari lagi Sayang ! ;)


Monday, May 20, 2013

X men Last stand ✖ X men First Class

Haloo Stalkers ! Wazzipp ! Hehe. Actually , Sekarang ni mia tengah OT . Bese la , nak menambahkan duit . Nak kawen kan . *Gediks*. Huh . Actually , Mia nak cerita pasal cerita Xmen . Mia kan suka buat investigasen sendiri kan . Tpi sorry wokeyhh .. guyer bukan Stalkers. Just investigator jaa. Haa. Sebenarnya ritu semasa mia sedang mendalami dan menghayati cite X men Last stand + X men First Class. Mia perasan sometin yang tak LOGIK gilak dalam itu cerita . Haish~ Pelik pelik . Apa yang mia perasan . Masa dalam Cita Xmen First Class (*Konon nya 1st vesion of Xmen la kan) , masa dah nak ending tuh . Kan magneto ngan Raven Darkhölme (Mystique) blah meninggalkan Xavier (Profesor X) . Time tu kan C profesor X ni kan kena tembak dah kat pinggang iyer (*Kalau tak silap). Pastu kan iyer ada ckp ceni .. 

**Bang bang . "I Can't Feel My legs"



Tetiber Dalam Cita Xmen the Last Stand .. Masa 1st - 1st babak Ci Xavier ngan Ci Eric (Magneto) ni kuar keta nak g umah Jean Gamak nya . Pastu incik kamera tu betui² Zoom kaki ci Xavier tu . Pastu tetibe jew Xavier ni poyo² je jalan² seolah² kaki iyer tak de pape. Padahal kat 1st class tu iyer da xleyh jalan dah . Haa.. nak bukti ? Ni dia .. ;)

Ni awang berdua ni relax je jalan² . Kan kan ?

Tapi yak ni time muda mudi tetibe je Lumpuh pulak . Ayooo!

Kesimpulan Nya . Tak semua cita melayu banyak nipu . Cita Omputih pun sama . Maksud nya . Not everbody is perfect wokeyh ? ;) Tapi pape pun . Cita omputih tetap menjadi pilihan hati ku .. hehehe..Kbai !